Pemilihan jawatankuasa pembangunan pelajar kolej kediaman menggunakan pendekatan proses hirarki analitik kabur: kajian kes di Universiti Utara Malaysia

Abstract

Kepimpinan di peringkat kolej memainkan peranan penting dalam memastikan pelbagai program di kolej-kolej kediaman berjalan lancar. Kajian ini membincangkan mengenai proses yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) terutama Pengetua Kolej Kediaman bagi membuat pemilihan kepimpinan pelajar bagi memegang jawatanjawatan utama kolej iaitu presiden, timbalan presiden dan naib presiden Jawatankuasa Pembangunan Pelajar Kolej Kediaman (JPPK). Dua objektif telah dikenalpasti bagi tujuan kajian ini, iaitu i) mengenal pasti kriteria yang dicadangkan bagi digunakan dalam pemilihan JPPK Kolej di UUM, dan ii) menentukan calon yang sesuai bagi memegang jawatan utama iaitu presiden, timbalan presiden dan naib presiden JPPK Kolej. Melalui kajian ini, empat faktor utama telah dikenal pasti dalam pemilihan jawatan utama JPPK kolej iaitu faktor karismatik, komunikasi interpersonal, karakter diri dan keperibadian. Bagi menentukan pilihan JPPK yang ideal, sebuah kolej kediaman di UUM telah dipilih bagi menentukan pelajar yang ideal memegang jawatan JPPK kolej kediaman tersebut. Pemilihan ini dibuat berdasarkan teknik Proses Hirarki Analitik dan nilai keserasian yang diperolehi melalui kaedah TOPSIS dalam persekitaran kabur

Similar works

Full text

thumbnail-image

Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

redirect
Last time updated on 15/07/2013

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.